Nurul Shafikah Hamzah, dan suaminya, Azrul Kalis bersama bayi mereka, Nur Liyana Syakura.

BANDAR TUN RAZAK – Ribuan pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak mula membanjiri pusat-pusat pengundian di sekitar kawasan itu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Di sebalik pengundi-pengundi terbabit, lensa Malaysia Gazette fokus kepada pasangan muda yang mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan.

Pasangan Nurul Shafikah Hamzah, 22 dan Azrul Kaus, 27 hadir membuang undi dengan membawa bayi mereka Nur Liyana Syakura.

Walaupun masih berpantang, Nurul Shakirah berkata, terpaksa membawa bayinya itu ke pusat pengundian kerana tiada siapa yang boleh menjaga bayinya itu.

“Saya datang dengan suami, sebab anak ini tiada yang jaga, lagipun ini kali pertama saya mengundi. Jadi tak salah kalau saya bawa bayi ini bersama. Ia lebih bermakna buat saya dan suami,” katanya kepada Malaysia Gazette.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast