Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, isteri dan anak-anak serta menantu selesai membuang bersama di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong di Bera, Pahang pagi ini. foto Facebook Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, isteri dan anak-anak serta menantu selesai membuang bersama di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong di Bera, Pahang pagi ini. foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda sokongan tidak berbelah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, isteri dan anak-anak serta menantu beliau mengundi bersama-sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong di Bera, Pahang pagi ini.

Lebih menarik, Ismail Sabri ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri bersama suami  Dato Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal, Dafi yang juga penyanyi selain anaknya Nashriq bersama isteri

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bera itu turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi yang datang menunaikan tanggungjawab mereka.

Gambar-gambar beliau membuang undi dan suasana di pusat pengundi dimuatnaik di laman sosial Facebook miliknya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, Ismail Sabri berdepan saingan tiga penjuru apabila berdepan pencabar, Zakaria Abdul Hamid dari Parti Keadilan Rakyat dan Musaniff Ab Rahman dari PAS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast