Laila Sari

BANDAR TUN RAZAK – Seorang warga emas kecewanya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana beliau tidak boleh mengundi hari ini.

Menurut Laila Sari, 58 beliau sepatutnya mengundi di saluran dua di tingkat satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan namun gagal berbuat demikian.

Ia disebabkan beliau tidak mampu untuk menaiki tangga kerana  sakit lutut.

“Saya datang sini jam 9 pagi tadi, bila semak saya mengundi di saluran dua, disebabkan saya mengundi di saluran dua, ada sukarelawan yang menawarkan khidmat untuk bawa saya naik ke tingkat dua, takkan nak suruh mereka dukung saya naik atas. Saya ni berbadan besar, bahaya buat saya.

“Kenapa tidak boleh ubah saluran dua ke saluran satu yang di tingkat bawah sahaja. Agen SPR tu kata saya boleh naik perlahan-lahan ke atas. Saya ni dah sakit,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Ekoran itu, beliau mengambil keputusan untuk pulang sahaja tanpa membuang undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast