Datuk Seri Hamzah Zainudin. foto IQBAL BASRI, 03 APRIUL 2018.
Datuk Seri Hamzah Zainudin. foto IQBAL BASRI, 03 APRIUL 2018.

KUALA LUMPUR – Sentimen rakyat terhadap isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimainkan Pakatan Harapan (PH) walaupun tidak realistik memberikan impak kepada keputusan pilihan raya.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sekalipun jalan penyelesaian untuk menampung semula pendapatan negara tidak jelas namun ia menarik perhatian rakyat. 

“Kita merasakan kita mampu untuk yakin semua rakyat dan kita sebenarnya lebih bagus daripada mereka. 

“Contohnya dari segi segala apa kita lakukan sebelum ini tapi mereka nak kata nak hapuskan GST saya nak tengok. Kerana kalau dia hapuskan GST mereka akan hilang pendapatan lebih kurang RM40 bilion,” katanya kepada pemberita ketika ditemui. 

Penghapusan GST yang bakal dilakukan pakatan juga menjadi pertikaian terhadap cara untuk membantu mengurangkan harga petrol. 

“Daripada itu macam mana nak bayar yang dia kata nak turunkan harga petrol. 

“Saya nak maklumkan buat sekarang ini sahaja harga petrol yang sudah naik hampir 0.30 sen dia menelan sebulan hampir RM600 juta ringgit.,” katanya. 

Hamzah berpendirian perlaksanaan untuk menghapuskan GST hanya ‘indah khabar dari rupa’.

“Sukar lakukan tapi mudah untuk berkata-kata,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. tunggu tengok je lah bagaimana orang buat. kalau berjaya sahlah umno bodoh tak layak jadi pemerintah . akurlah tak payah lah melawan masa depan.

Comments are closed.