Laman Facebook yang menyatakan jabatan itu telah menyenaraihitamkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Laman Facebook yang menyatakan jabatan itu telah menyenaraihitamkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

KUALA lUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia telah menyenarai hitamkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berikutan itu, Najib dan Rosmah dilarang untuk meninggalkan negara.

“Jabatan Imigresen Malaysia ingin mengesahkan bahawa Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara,” kata Jabatan Imigresen dalam laman Facebooknya.

Sementara itu, Najib dalam akaun Twitternya berkata, beliau telah dimaklumkan menegnai perkara itu dan akan menghormati arahan tersebut.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast