IPOH, 10 Mei -- Pengerusi Pakatan Harapan Perak Ahmad Faizal Azumu bersama Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming ketika sidang media khas Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH – Pakatan Harapan (PH) Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyertai PH.

Perkara itu disahkan Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu.

“Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak. — BERNAMA