Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua - Ketua Setiausaha Kementerian dan menerima kunjungan hormat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Selain bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak dibenarkan meninggalkan negara, beberapa pegawai kerajaan akan turut menerima nasib yang sama.

Bercakap kepada media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, jumlah pegawai kerajaan yang telah dikenalpasti masih tidak diketahui namun langkah itu diambil segera memandangkan siasatan kearah itu akan digerakkan tidak lama lagi.

“Saya tidak pasti berapa orang pegawai kerajaan yang akan disekat keluar negara.

“Bukan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sahaja tetapi beberapa orang. Jabatan Imigresen sudah dimaklumkan supaya menyekat mereka keluar negara,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pada Sabtu lalu, Najib dan Rosmah dilarang untuk meninggalkan negara atas arahan Mahathir.

Pada sidang media yang sama, Mahathir berkata, tindakan itu dibuat selepas mengambil kira aduan-aduan yang mempunyai kaitan dengan Najib. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast