Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan mengadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin hari ini.

Baginda akan membuat pertemuan dengan Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK) jam 12 tengahari.

“Mereka berdua akan membuat pertemuan jam 12 tengahari di sini. Tun Mahathir akan menerima kunjungan Diraja Sultan Brunei,” kata seorang pegawai Tun Mahathir di perkarangan YKP hari ini.

Difahamkan, Tun Mahathir tidak akan memasuki bangunan Pejabat Perdana Menteri, di Perdana Putra dan terus datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi berjumpa dengan kesemua Ketua Setiausaha termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN).

KSN, Tan Sri Ali Hamsa dipercayai sedang bertemu dengan Tun Mahathir dan akan diikuti dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian selepas itu.

Semua aktiviti hari ini akan diadakan di YKP termasuk pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa kepimpinan utama Pakatan Harapan (PH).

Semalam Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa akan menemui semua KSU kementerian bagi menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata sesi tersebut akan digunakan untuk memberi penjelasan mengenai apa yang akan dilakukan kerajaan baharu khasnya dalam menentang rasuah dalam pentadbiran kerajaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast