Zaidy Maaini. foto FAREEZ FADZIL, 16 MEI 2018
Zaidy Maaini. foto FAREEZ FADZIL, 16 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Suara Harapan Pemandu Teksi Se-Malaysia mahu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula sistem e-hailing dan perkhidmatan Grab yang didakwa menyusahkan pemandu teksi di Lembah Kelang.

Pengerusinya, Zaidy Maaini mendakwa pemandu-pemandu tertekan dengan pelaksanaan sistem tersebut yang masih belum ada kata putus daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Lantaran itu, beliau berharap kerajaan yang baru dipilih itu dapat menyelesaikan isu tersebut.

SPAD sebelum ini menyarankan semua perkhidmatan teksi di negara ini disaran menggunakan teknologi perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar.

Ketetapan itu adalah antara inisiatif baharu menerusi Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Grab telah membantu seluruh rakyat Malaysia yang kurang pendapatan dalam masa yang sama Grab menolong semua lapisan masyarakat kerana tambang yang lebih 50 percent lebih murah dari teksi. Kami berharap kerajaan baru ini tidak menghapuskan Grab demi kebajikan semua lapisan masyarakat.

Comments are closed.