Kenderaan polis keluar dari perkarangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengambil barangan yang akan membantu siasatan berkaitan isu 1MDB di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Polis membawa keluar beberapa kotak dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dipercayai bukti penting yang dapat membatu siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Para anggota polis termasuk dari Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memasukkan kotak itu ke dalam sebuah trak polis yang meninggalkan pekarangan kediaman Najib di  Langgak Duta, Taman Duta kira-kira jam 4.30 petang tadi yang diiringi dua motosikal polis trafik dan sebuah kereta peronda MPV.

MalaysiaGazette sempat melihat kotak-kotak berwarna biru dimuatkan dalam trak itu dengan seorang anggota polis duduk di belakang namun beliau enggan mendedahkan kandungan dalam kotak-kotak tersebut.

Pasukan polis telah berada di rumah Ahli Parlimen Pekan itu sejak pukul 10.20 malam tadi.

Beberapa anggota polis berkawal di perkarangan rumah Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil barangan yang akan membantu siasatan berkaitan isu 1MDB di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 MEI 2018

Pagi tadi Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan beliau berada di kediaman Najib bagi mengetuai serbuan itu.

Peguam Najib, Harpal Singh dan Hasnal Rezua Marican turut berada di kediaman Najib semasa barang-barang dibawa keluar petang tadi.

Lebih 50 wartawan yang berkampung berhampiran kediaman bekas Perdana Menteri itu bagi mendapatkan perkembangan terkini daripada Amar Singh Ishar yang difahamkan masih berada di situ. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast