PERANCIS – Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dikaitkan dengan penghijrahan ke pasukan Ferrari pada musim depan.
Ia bakal menyaksikan Jaguh Ferrari, Sebastian Vettel dan pelumba warga Britain itu akan menjadi rakan sepasukan dalam F1 tidak lama lagi.
Ia tular berikutan masa depan pelumba dari kedua-dua pasukan Skuderia dan juga Mercedes itu.
Pelumba Ferrari, Kimi Raikkonan dijangka meninggalkan The Prancing Horse pada penghujung musim 2018.
Sementara, kontrak Hamilton dan rakan pasukannya Valtteri Bottas juga berada dipenghujung pasukan mereka, Mercedes.
Hamilton masih belum berunding atau mempersetujui sebarang terma perjanjian bersama Mercedes.
Namun Mercedes menegaskan perjanjian itu akan dimeterai dalam masa terdekat ini.
Kelewatan seumpama sekaligus mencetuskan peluang kepada kedua dua pelumba itu yang mana Hamilton sudah pasti akan menerima sebarang tawaran Ferrari.
“Saya sedia berlumba dengan mana-mana pasukan. Maksud saya saya berlumba lawan dia (Vettel) menggunakan sebuah jentera F1 yang sangat berkompetitif.
“Namun anda sebagai seorang pemandu profesional sudah pasti teringin mahu terus maju ke arah terbaik,” katanya kepada media menjelang Grand Prix Terbuka Monaco.
Namun Hamilton menolak kemungkinan itu dalam masa terdekat ini sebagai menafikan laporan awal wartawan Itali, Teo Lurrini pada April lalu bahawa Hamilton akan berhijrah ke pasukan berpengkalan di Itali itu.
Namun Vettel lebih bersedia untuk digandingkan dengan Briton yang sedang mendahului kejuaraan pemandu dengan 17 mata selepas mengharungi 5 perlumbaan kali ini.
“Saya tak kisah,” jawab pelumba Jerman itu secara ringkas. – MalaysiaGazette