Reaksi bayi panda iaitu anak kepada pasangan panda gergasi, Xing King dan Liang Liang yang kelihatan sedang duduk pada Majlis Penampilan Anak Gergasi Panda di Zoo Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Anak kedua pasangan panda gergasi, Xing King dan Liang Liang dipertontonkan buat pertama kalinya di Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara, hari ini.

Bayi panda gergasi betina yang berusia empat bulan, dilahirkan pada jam 7.50 pagi pada 14 Januari lalu dengan berat 150 gram.

Bayi panda gergasi yang belum dinamakan itu kini mencatat berat sebanyak 9 kilogram.

Liang Liang sebelum ini dilaporkan bunting selama 89 hari sebelum melahirkan anaknya.

Anak panda gergasi itu dilahirkan secara semulajadi, selepas kelahiran anak pertama, Nuan Nuan pada 18 Ogos 2015.

Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada 14 November tahun lalu sebagai memenuhi syarat perjanjian kedua-dua negara.

Pada 21 Mei 2014, Malaysia menerima pasangan Xing Xing dan Liang Liang daripada kerajaan China sebagai meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast