Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – “Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat kesilapan besar dengan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura,” demikian menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Ujarnya, kerajaan Barisan Nasiolan (BN) yang meluluskan projek berkenaan adalah bertujuan meningkatkan ekonomi mereka dan meningkatkan kualiti hidup kedua-dua negara.

“Melalui perjalanan yang lancar antara kedua-dua ibu negara ia dapat meningkatkan hubungan perniagaan, dan menghubungkan rakyat kedua negara lebih dekat bersama-sama.

“Dengan stesen terminal di Bandar Malaysia Kuala Lumpur dan Jurong Timur Singapura, hubungan HSR dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar itu hingga 90 minit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata dengan pembatalan projek mega itu, ia akan mempunyai kesan yang meluas kepada Malaysia berbanding hanya penurunan potensi pertumbuhan KDNK.

“Ia juga akan mengecewakan pelabur asing yang melihat projek itu sebagai pemangkin untuk pertumbuhan pesat yang lebih pesat. Kerajaan tidak sepatutnya kelihatan pantas dalam membuat keputusan penting seperti ini.

“Jelas bahawa manfaat limpahan sangat besar sehingga ia akan menjadi peluang yang sia-sia jika kita tidak meneruskan projek sekarang,” katanya lagi.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan menegaskan bahawa kerajaan tetap akan membatalkan HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura.

Oleh itu, Putrajaya mungkin terpaksa membayar penalti RM500 juta kepada Singapura, sekiranya kerajaan memutuskan perjanjian projek HSR dihentikan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast