Hector Gonzalez Antonio

MEXICO – Seorang wartawan dipukul hingga mati di Tamaulipas semalam – menjadi wartawan ketiga di Mexico yang terbunuh dalam dua minggu.

Mayat Hector Gonzalez Antonio, seorang koresponden akhbar Excelsior, ditemui di Ciudad Victoria, menurut Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya enam wartawan maut termasuk Gonzalez dibunuh di Mexico tahun ini.

Mexico adalah salah satu negara paling berbahaya bagi wartawan. Tahun lalu sahaja 12 wartawan terbunuh.

Pendakwa raya berkata, mereka masih menyiasat dalang di sebalik pembunuhan Gonzalez.

Kes pembunuhan mencapai rekod tinggi di Mexico pada tahun 2017 dan terdapat lebih banyak pembunuhan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketegangan dalam keganasan telah menjejaslan populariti Presiden Enrique Pena Nieto dan sokongan berterusan diberikan kepada calon harapan presiden, Andres Manuel Lopez Obrador, menjelang pemilihan presiden pada 1 Julai ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast