Kakitangan perubatan menjalankan pemeriksaan kesihatan penduduk di Kerala yang diserang virus Nipah. foto Agensi

KERALA – Dua lagi maut selepas dijangkiti virus Nipah yang merosakkan otak dilaporkan berlaku di selatan Kerala.

Dua kematian terbaru itu menjadikan jumlah pesakit yang dijangkiti dengan virus maut itu seramai 17 orang, kata pegawai perubatan daerah Kozhikode, V. Jayashree.

Mangsa terbaru, yang dikenal pasti sebagai Madhusudhanan, 55, dan Akhil, 28, dipercayai telah menjangkiti virus itu di sebuah kolej perubatan.

Setakat ini tidak ada laporan virus berkenaan di luar Kerala.

Sampel yang diambil daripada kelelawar di daerah Kozhikode, yang disyaki menjadi pusat jangkitan, telah dihantar untuk ujian ke Institut Keselamatan Penyakit Haiwan Kebangsaan di Bhopal.

Tiada vaksin untuk virus ini, yang tersebar melalui cecair badan dan boleh menyebabkan encephalitis atau keradangan otak, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast