Satu operasi besar-besaran bagi menyemak semula harga barangan sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan di seluruh negara pada 1 Jun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Low Swee Hon berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan sifar GST dipatuhi oleh setiap peniaga.