TUNISIA – Sekurang-kurangnya 48 pendatang terbunuh apabila bot yang dinaiki karam di pantai Tunisia.

Bagaimanapun, 67 pendatang lain berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai.

Bot itu karam berhampiran pulau selatan Kerkenna, sebuah kawasan pelancongan, pada waktu malam, kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Mangsa-mangsa yang terkorban adalah warga Tunisia dan beberapa warga negara lain.

Operasi menyelamat ditangguhkan lewat malam tadi dan dimulakan awal pagi ini.

Pemerdagangan manusia melalui Tunisia meningkat selepas Libya meningkatkan kawalan keselamatan.

Pegawai keselamatan berkata, bot itu dipercayai dinaiki oleh 180 pendatang termasuk 80 dari negara Afrika.

Seorang mangsa yang terselamat berkata, pengendali bot itu meninggalkan bot berkenaan selepas ia mula tenggelam bagi mengelak ditangkap pengawal pantai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast