Rodrigo Duterte

MANILA – Presiden Filipina menempelak pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengulas tindakan Rodrigo Duterte yang memecat ketua hakim negara itu.

Duterte berkata, Diego Garcia-Sayan tidak perlu menjadi juara dalam isu-isu dalaman negara itu.

“Beritahu dia tidak perlu campur tangan dalam negara saya. Pergi jahanam dengannya. Dia bukan insan istimewa dan saya tidak iktiraf statusnya,” kata Duterte ketika menjawab soalan sebelum berlepas ke Korea Selatan.

Duterte telah melakukan bertindak balas sama ketika wakil-wakil PBB membangkitkan tindakan memerangi dadah secara besar-besaran.

Garcia-Sayan dalam kenyataannya pada Khamis lalu berkata, pemecatan Maria Lourdes Sereno sebagai ketua hakim adalah serangan ke atas kebebasan badan kehakiman yang meletakkan demokrasi Filipina berisiko.

Wakil PBB itu menambah, tidak ada siasatan rasami PBB berhubung pemecatan Sereno tetapi sebagai pelapor kepada badan dunia itu beliau melihatnya sebagai satu ancaman terhadap kebebasan para hakim dan peguam di seluruh dunia.

Garcia-Sayam akan membuat laporan terhadap ancaman itu kepada badan kehakiman di Poland. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast