Gianluigi Buffon digantung tiga perlawanan kerana mengkasari pengadil dan sedang dipertimbang untuk menambah penggantungan kepada lima perlawanan.

SWITZERLAND – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menggantung tiga perlawanan antarabangsa buat penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon.

Hukuman itu dijatuhkan setelah bintang antarabangsa Itali itu setelah dia dibuang padang akibat kekasaran yang dilakukan semasa pertemuan aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah menentang Real Madrid.

Buffon dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan, Michael Oliver selepas penjaga gol itu mempertikai keputusan pengadil  menghadiahkan sepakan penalti pada minit terakhir kepada Real Madrid.

Buffon juga didakwa telah membantah keputusan pengadil itu dengan menuding jari ke arah mukanya sehingga dia dibuang padang.

Keputusan pengadil itu menyebabkan Buffon terus mengecam pengadilan  sehari selepas perlawanan itu.

Susulan insiden itu, UEFA telah merujuk kes itu kepada jawatan kuasa disiplin dan menggantung Buffon dalam tiga perlawanan.

UEFA terus konsisten dalam menjatuhkan hukuman tersebut tetapi kini difahamkan sedang mempertimbangkan untuk menambah hukuman penggantungan itu kepada dua lagi perlawanan.- MalaysiaGazette