Pengerusi Yayasan PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman bercakap pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018
Pengerusi Yayasan PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman bercakap pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018

SUBANG JAYA – Jualan kereta import semakin memberangsangkan setelah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan, kata Pengerusi Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu (Pekema). 

Presiden Pekema,  Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, prestasi jualan kenderaan yang mencanak sehingga lima kali ganda untuk pelbagai jenis adalah sesuatu yang di luar jangkaan. 

“Saya memang mula-mula memang tidak sokong GST ini cuma apa kita boleh buat bila ada GST ini memang harga banyak barang meningkat. 

“Alhamdulillah peniaga kereta jualan dari persatuan ini berkata jualan semakin tinggi semenjak GST tidak ada, kereta yang dijual adalah di kalangan import. keretaa import empat lima kali ganda jualan meningkat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Untuk rekod GST yang diperkenalkan pada April 2015 dimansuhkan 1 Jun yang lalu selepas kerajaan persekutuan bertukar tangan. 

Untuk tiga bulan ini tidak ada cukai  sehinggalah September kelak dijangkakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal diperkenalkan. 

Mengulas lanjut Zainuddin menjangka SST yang bermula tiga bulan lagi tidak akan menjejaskan harga jualan kereta import. -MalaysiaGazette