BAGHDAD – Sebuah depoh yang menempatkan kertas undi terbesar di Iraq terbakar selepas arahan untuk pengiraan semula kertas undi dikeluarkan.
Bagaimanapun kebakaran itu berjaya dikawal.
Undian bagi daerah timur Baghdad dilakukan di depoh tersebut, selain menempatkan kotak undi dari daerah al-Rusafa di bandar ini.
Pegawai berkata, ada sebahagian kotak undi musnah di dalam depoh itu tetapi kebanyakan berjaya diselamatkan.
Pilihan raya yang diadakan pada bulan lalu menyaksikan pakatan oleh pemimpin Syiah, Moqtada Sadr menang.
Berikutan terdapat tuduhan penipuan, Parlimen mengarahkan pengiraan kira-kira 10 juta undi.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri memberitahu< kebakaran itu hanya terhad kepada satu daripada empat gudang.
Pihak berkuasa Iraq enggan mengulas sama ada kebakaran itu disengajakan.
Pihak berkuasa Iraq tidak mengulas mengenai sama ada mereka berfikir api telah dibuat dengan sengaja.
Pada hari Selasa, Perdana Menteri Haider al-Abadi memberi amaran bahawa agensi keselamatan mempunyai bukti pelanggaran “yang belum pernah terjadi sebelumnya” semasa pilihan raya.
Beliau berkata, isu utama adalah dengan mesin pengiraan undi elektronik yang digunakan untuk kali pertama pada 12 Mei lalu.
Walaupun punca kebakaran itu tidak didedahkan, Abadi menggambarkannya sebagai “plot yang membahayakan negara dan demokrasinya”.
Parlimen Iraq mengatakan pilihan raya harus diulang semula akibat kebakaran itu. – MalaysiaGazette