Instagram Nabila Huda
Instagram Nabila Huda

KUALA LUMPUR – Peminat Nabila Huda sudah tentu mengetahui aktiviti pelakon berbakat itu kerana ramai mengikutinya di akaun Instagramnya.

Nabila derngan nama akaun Instagramnya @kupu_kupu sangat aktif di platform media sosial itu memberi perkembangan tentang dirinya setiap hari.

Namun, baru-baru ini Nabila membuat kejutan apabila dia menerusi satu posting di Ig Story mendedahkan tahun ini bakal menjadi tahun yang ketiga pelakon ‘Dendam Aurora’ itu tidak beraya dengan ayahnya, Amy Search kerana ibu tirinya.

“Tidak, aku tidak akan menangis lagi. Sudah melalui banyak perkara sukar sejak dulu. Cukup-cukuplah.

“Terima kasih la sebabkan kau lagi, tahun ini masuk tahun ketiga aku tak beraya dengan bapak aku. Dan aku tahu kau cuba buat dia gembira but to bad my beloved step mother. Aku anak pertama dia.

“Macam mana pun kau cuba buat, aku tetap yang pertama buat dia. Buatlah dia gembira macam mana pun dia tetap takkan gembira sebab berjauhan dengan aku. Anak pertama dia hasil cinta pertama dia,”katanya.

Dalam kenyataan panjang lebar di media sosial itu, Nabila turut mendakwa dirinya pernah dihalau keluar rumah oleh ibu tirinya Norhasniza Hassan.

“Walaupun kau pernah halau aku buang barang-barang aku ke luar rumah jam dua pagi, aku budak lagi angkut barang, menumpang rumah orang satu benda pun aku tak cerita, tapi sebabkan aku rasa kau dah melampau, adil kan?

“Dan bertahun aku tak okey dengan bapak aku, berjauhan, aku simpan sahaja rasa sedih ini. Rindu semua aku tahan, kalau engkau isteri yang baik, kau akan cuba kembalikan hubungan itu,” dakwanya.

Malah, Nabila turut mendakwa ibu tirinya pernah menjauhkan dia dengan anak perempuannya, Keisha Laila.

“Kau pembawa masalah dari dulu sampai sekarang tapi aku diamkan je. Aku layankan, fikir bapak aku.

“Kau pisahkan aku dengan anak aku selama setahun pandai-pandai buat keputusan tanpa kebenaran aku. Tak langsung rasa bersalah,”katanya lagi.

Hubungan Nabila dengan Norhasniza sebelum ini diketahui dingin apabila kedua-dua mereka pernah bertelagah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast