Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

KUALA LUMPUR – Seramai 9,000 pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan bertugas 24 jam bermula hari ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

TNB dalam kenyataannya hari ini berkata, antara persiapan yang dilakukan bagi memastikan bekalan elektrik tidak terganggu menjelang perayaan itu adalah pemeriksaan stesen janakuasa dan menambahbaik pencawang.

“Pelbagai persiapan awal telah pun dilaksanakan oleh TNB bagi meminimumkan kemungkinan berlakunya sebarang gangguan bekalan elektrik pada Syawal nanti.

“Pemeriksaan dijalankan di semua stesen janakuasa dan pencawangnya dan di sesetengah tempat, TNB menambah baik sistem pencawangnya bagi menampung jangkaan beban yang
meningkat di kawasan berkenaan,” katanya.

Selain itu sebanyak 108 set janakuasa bergerak disediakan sebagai kegunaan alternatif sekiranya berlaku gangguan elektrik.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB sekiranya ingin mendapatkan bantuan akibat berlaku gangguan bekalan elektrik.-MalaysiaGazette