Apple
Ibu pejabat Apple - Gambar Hiasan

WASHINGTON – Apple Inc (Apple) memberitahu pihaknya akan menambah beberapa ciri-ciri keselamatan yang baharu bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak mengakses atau menggodam telefon berkenaan pada masa akan datang.

Antara pihak yang dikhuatiri cuba mengakses maklumat dalam telefon Iphone termasuk polis tanpa kebenaran pengguna gajet iPhone.

Dalam kenyataan Apple hari ini, pihaknya akan menambah enkripsi pada iPhone bagi menghalang cubaan mana-mana pihak polis mengakses telefon tanpa kebenaran.

Ini juga merupakan antara alternatif syarikat gergasi berkenaan menangani perselisihan berlarutan dengan penggunaan dikenali GrayKey yang membolehkan membolehkan polis memintas ciri keselamatan iPhone.

Enkripsi terbaru bukan direka untuk menggagalkan penguatkuasaan undang-undang tetapi mencegah sebarang cubaan memintas ekripsi oleh pelbagai pihak.

“Kami di Apple hanya mempunyai satu keutamaan iaitu pelanggan dan pengguna kami adalah kepentingan kami. Ciri-ciri keselamatan yang sedia ada akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Perlindungan keselamatan dalam setiap produk Apple untuk membantu para pelanggan melindungi diri daripada penggodam, pencuri identiti dan pencerobohan data peribadi mereka.

“Dalam pada masa itu, kami juga patuh kepada undang-undang, ciri-ciri kami bukan berniat untuk gagalkan usaha dalam menjalankan tugas mereka bagi memastikan keselamatan sentiasa terjaga,” katanya dalam kenyataan.

Apple menambah, ianya berfungsi menghalang sebarang kemungkinan mengakses data dari GrayKey atau peralatan yang serupa.

Apple sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi sasaran utama pihak berkuasa kerana menolak usaha membolehkan akses mudah kepada iPhone.

Dua tahun lalu, Apple disaman kerana menghalang usaha Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memaksa pihaknya mengurangkan ekripsi iPhone dimiliki penembak di San Bernardino, California tetapi pegawai menggugurkan kes itu selepas menemui alat untuk mengakses telefon itu.- MalaysiaGazette