Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Tempoh tawaran diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), yang berakhir tengah malam ini, dilanjutkan sehingga 4 pagi esok.

Lanjutan tempoh penawaran diskaun itu merangkumi kesemua transaksi tol kecuali bagi kenderaan Kelas 2 dan 3 di semua rangkaian lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu.

PLUS, dalam kenyataannya hari ini, berkata lanjutan tawaran itu bagi memastikan para pengguna dapat peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan selamat.

Bagaimanapun, lanjutan tempoh penawaran diskaun itu tidak melibatkan transaksi tol Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor, menurut kenyataan itu.

PLUS turut menasihatkan orang ramai agar memandu secara berhemah dan mematuhi had laju serta mengikut arahan pihak berkuasa.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast