Dompet tersebut yang mengandungi 30 keping dolar Amerika Syarikat dan beberapa keping wang kertas Syria.- pix hiasan.

NEW YORK – Dolar Amerika meningkat lebih satu sen berbanding matawang-matawang utama dengan penyusutan euro manakala saham-saham Amerika Syarikat ditutup tinggi pada Khamis apabila Bank Pusat Eropah membayangkan kenaikan kadar faedah masih belum mahu dilaksanakan.

Keputusan bank pusat itu menenggelamkan kenyataannya yang mahu mengakhiri krisis era program rangsangan ekonomi pada hujung tahun ini.

Ketika ini, Bank Pusat Eropah bercadang untuk menhurangkan pembelian aset bulanan di antara Oktober dan Disember kepada 15 bilion euro sehingga hujung 2018 dan kemudiannya akan mengakhiri program tersebut.

Para pelabur membayangkan kadar faedah akan kekal rendah sekurang-kurangnya sehingga musim panas 2019 dan sesetengah penganalisis pertama ia mungkin mengambil masa yang lebih panjang tambahan pula kontrak Presiden bank pusat berkenaan, Mario Draghi akan tamat pada penghujung Oktober tahun depan.

Rizab Persekutuan Amerika pada Rabu memutuskan peningkatan kadar faedah sebanyak 25 mata peratusan sekaligus mencipta perbezaan kadar faedah yang lebih luas di antara Amerika dan Eropah.

Ini memberi kelebihan kepada dolar, kata Ketua Pelaburan Alternatif Direxion, New Yort, Ed Egilinsky.

Euro mencecah paras terendah sejak Jun 2016 sebanyak 1.75 peratus kepada 1.1583.-Agensi