Tandukan kencang Jose gemenez hasil sepakan percuma berjaya memecahkan kekebalan pertahanan Mesir dan mengesahkan tiga mata penuh kumpulan A.

MOSCOW – Uruguay mencatatkan kemenangan dramatik ke atas Mesir dalam aksi kumpulan A, Piala Dunia 2018 malam ini.

Uruguay membuka satu-satunya gol kemenangan menerusi tandukan kencang Jose Gimenez hasil sepakan percuma oleh Carlos Sanchez pada minit ke-90 perlawanan.

Bintang Liverpool Mohamed Salah memulakan aksi pembukaan pasukannya di bangku simpanan.

Ternyata suatu keputusan mengecewakan kepada Salah sebaik melihat gol tunggal Urugay yang berjaya memecahkan kekebalan bentang pertahanan pasukannya pada minit akhir.

Uruguay dilihat sebagai pasukan selesa bagaimanapun terpaksa melihat Luis Suarez mensia-siakan empat peluang untuk mencipta gol.

Salah yang telah menjaringkan 44 gol untuk Liverpool musim lalu tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Tanpa kelibat Salah, Mesir hilang bisa di bahagian penyudahan serangan.

Bagaimanapun Mesir juga tidak mudah menyerah kalah sepanjang perlawanan babak pertama dan kedua.

Mesir dilihat lebih mendominasi bahagian serangan dan menguasai bola atas padang.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka yang cuba untuk memperolehi 1 mata penting.

Keputusan itu menyaksikan Rusia mendahului kumpulan A setelah menang 5-0 ke atas Arab Saudi pada aksi pembukaan semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast