MOSCOW – Tindakan penjaga go Mesir, El-Shenawy yang enggan menerima trofi MOTM (Man Of The Match) selepas perlawanan menentang Uruguay akhirnya terjawab.
Laporan media negara itu mendedahkan, ini kerana trofi itu ditaja oleh gergasi minuman keras, Budweiser.
Bagi pemain berusia 29 tahun yang beragama Islam itu, dia menghormati agamanya yang menyatakan arak itu haram walaupun dalam apa cara sekali pun.
Budweiser menjadi salah satu penaja utama Piala Dunia 2018 Fifa sebagai minuman alkohol sepanjang kempen berlangsung.
El-Shenawy menjadi pilihan sebagai pemain terbaik perlawanan biarpun pasukannya tewas 0-1 dalam perlawanan pembukaan itu.
Mesir antara tujuh pasukan yang mempunyai pemain majority Islam termasuk Arab Saudi, Morocco, Iran, Tunisia, Senegal dan Nigeria.
Manakala antara nama-nama besar Muslim yang turut beraksi di kejonanan ini termasuk Mesut Ozil (Jerman) serta Mohamed Salah (Mesir) dan Paul Pogba (Perancis. – MalaysiaGazette