BELFAST – Seorang banduan Christopher Kerr, 32, yang melarikan diri dari penjara berjaya ditangkap di Antrim.
Dia didapati bersalah membunuh seorang pelajar, Michael McIlveen, 15, di Ballymena pada 2006.
Pelajar tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian otak selepas dia dan dua rakannya diserang Kerr.
Kerr dipercayai cuba melarikan diri dari penjara di Belfast.
“Siasatan lanjut akan dijalankan, kata jurucakap Penjara Ireland.
Polis menyifatkan Kerr sebagai seorang yang amat berbahaya. – Agensi