Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak dibawa oleh pegawai SPRM untuk mendapatkan perintah reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Istana Kehakiman Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 25 JUN 2018

PUTRAJAYA – Seorang individu yang rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lelaki berusia 42 tahun merupakan bekas pegawai khas kepada Najib direman sehingga Ahad ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Individu terbabit tiba di perkarangan Mahkamah Majistret jam 9.15 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia ditahan di ibu pejabat SPRM jam 9.45 malam semalam.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan berkaitan kes 1MDB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast