Kylian Mbappe
Kylian Mbappe

LONDON – Manchester United kini muncul sebagai pesaingan kepada Manchester City dan Real Madrid untuk mendapatkan penyerang Perancis, Kylian Mbappe.

Pemain berusia 19 tahun itu beraksi bersama di Paris Saint-Germain (PSG) secara pinjaman sebelum berpindah secara tetap bernilai £166 juta (RM881.4 juta) dari Monaco pada musim panas ini.

Namun PSG sedang disiasat berhubung isu kewangan membabitkan Liga Juara-Juara dan berdepan dengan jumlah denda yang banyak sekiranya didapati bersalah membabitkan pembelian Neymar sebanyak £198 juta (RM1.05 bilion).

United kini memantau kemungkinan kesan daripada perjanjian PSG dengan Monaco dan telah menyuarakan minat mereka terhadap Mbappe.

City menerusi pengurusnya, Pep Guardiola ingin mendapatkan Mbpape untuk memperkuatkan skuadnya musim depan.

United bersedia untuk melepaskan pemain sayap, Anthony Martial sebagai sebahagian daripada pertukaran dengan nilai pemain kira-kira £80 juta (RM424.75 juta). – MalaysiaGazette