1MDB

KUALA LUMPUR – Penyata kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun kewangan berakhir Mac 2010, 2011 dan 2011 yang diaudit oleh KPMG tidak menyediakan penilaian yang benar dan adil kepada syarikat berkenaan.

Lembaga Pengarah 1MDB berkata, pihaknya telah menerima surat bertarikh 8 Jun 2018 daripada syarikat auditĀ  yang melakukan pengauditan entiti itu bagi tahun kewangan 2010, 2011 dan 2012.

“Dalam surat berkenaan, KPMG menasihatkan kami supaya 1MDB “mengambil semua langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan pergantungan lanjut atau pada masa depan” untuk tiga laporan audit bagi tahun-tahun kewangan yang dinyatakan.

Menurut KPMG, pihak audit membuat keputusan tersebut selepas melihat Laporan Ketua Audit Negara yang baru-baru ini dijadikan dokumen terbuka dan dokumen lain berkaitan yang telah ditahan daripada pengurusan 1MDB sebelum ini.

Sekiranya dokumen-dokumen tersebut telah didedahkan kepada juruaudit, KPMG percaya maklumat tersebut “akan memberi impak yang besar kepada penyata kewangan dan laporan audit yang berkaitan”.

Menurut Lembaga Pengarah 1MDB, KPMG telah menasihatkan agar1MDB memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan mengenai status terkini laporan-laporan audit. – MalaysiaGazette