Seorang anggota polis Somalia berkawal di lokasi kejadian letupan bom di Mogadishu.
Seorang anggota polis Somalia berkawal di lokasi kejadian letupan bom di Mogadishu.

MOGADISHU – Tujuh orang dikenalpasti cedera parah akibat letupan bom di tepi jalan raya di Mogadishu, Somalia, kata polis tempatan.

Bom itu diletakkan di persimpangan jalan, kata ketua pegawai polis, Abdullahi Hussein kepada pemberita.

“Tujuh pejalan kaki menjadi mangsa dan tiada kenderaan dilihat melalui tempat sasaran ketika ini,”katanya.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Amin Ambulans, Abdikadir Abdirahman, mangsa yang cedera dikejar ke hospital berdekatan setelah menerima maklumat.

Somalia dilanda keganasan sejak diktator Mohamed Siad Barre diguling pada awal 1990 an. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast