Pasukan keselamatan memeriksa kenderaan yang disyaki milik pasangan suami isteri yang terlibat dalam serangan membunuh ahli politik Iran. foto BBC

VIENNA – Austria sedang bersedia untuk menarik semula kekebalan diplomatik dari seorang duta Iran yang disyaki merancang untuk mengebom ahli politik Iran di Perancis.

Diplomat dan dua orang lain yang ditangkap itu disyaki merancang untuk menyerang satu mesyuarat anggota pembangkang yang dibuang negara di Paris hujung minggu lalu.

Tehran menafikan sebarang penglibatan dalam rancangan tersebut.

Ketegangan diplomatik berlaku sehari sebelum Presiden Hassan Rouhani tiba di Austria untuk membincangkan perjanjian nuklear yang dipertikaikan.

Dua orang warga Belgium ditangkap di Brussels dilaporkan merupakan sepasang suami dan isteri dan berasal dari Iran.

Diplomat Iran, yang dikenal pasti sebagai Assadollah A, berpangkalan di ibu negara Austria. Tetapi beliau ditangkap di Jerman.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi memberitahu media, negaranya mempunyai bukti bahawa serangan itu telah dirancang oleh organisasi pengganas.

“Senario terkini telah dirancang dan dilaksanakan untuk merosakkan hubungan Iran-Eropah di tengah-tengah situasi yang sensitif dan kritikal,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast