SAINT PETERSBURG – Switzerland tumpas di tangan Sweden dalam pusingan kalah mati 16 pasukan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia yang berlangsung malam tadi.
Persembahan pasukan tersebut juga dilihat perlahan dan kurang emosi selepas gawang mereka ditembusi tendangan pemain pasukan lawan, Emil Forsberg.
Pada awal perlawanan corak Switzerland menguasai permainan namun serangan yang dilakukan mudah dipatahkan Sweden.
Menerusi kemenangan itu Sweden berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dan akan bertemu England di Stadium Samara pada pukul 10 malam, Sabtu ini. – MalaysiaGazette