Pada jam 9.00 pagi, ringgit diniagakan pada paras penutup semalam iaitu 4.0440 / 0480 berbanding dolar AS.

Peniaga berkata, pasaran masih mencari petunjuk menjelang pelaksanaan tarif AS ke atas import bernilai AS$34 bilion pada Jumaat, laporan minit mesyuarat terbaru Rizab Persekutuan AS dan data gaji perladangan AS esok.

“Ringgit akan terus mengambil petunjuk daripada sentimen risiko serantau yang lebih luas,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9596 / 9632 daripada 2.9616 / 9651 dan bertambah baik berbanding yen kepada 3.6604 / 6650 daripada 3.6607 / 6650 pada Rabu.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding pound Britain kepada 5.3458 / 3527 daripada 5.3417 / 3486 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.7133 / 7183 daripada 4.7048 / 7111. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast