Suasana di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan tidak nampak langsung kelibat Gabungan Gay Malaysia seperti yang tular di laman sosial.
Suasana di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan tidak nampak langsung kelibat Gabungan Gay Malaysia seperti yang tular di laman sosial.

PUTRAJAYA – Himpunan Gay Selamatkan Pegawai Khas Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hambar apabila tiada langsung kelibat ahli Gabungan Gay Malaysia (GGM) di perkarangan bangunan KBS, pagi ini.

Seawal jam 8 pagi, hanya para pengamal media yang dilihat memenuhi perkarangan bangunan ini untuk membuat liputan.

Semalam tular satu pesanan Whatsapp yang mengajak golongan gay di seluruh negara untuk mengadakan himpunan aman sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman

whatsapp
Hebahan bantahan Gabungan Gay Malaysia di laman sosial

“Satu himpunan sebagai tanda bantahan terhadap tindakan Menteri kerana tidak mengakui beliau menaikkan Pegawai Khas dari golongan Gay,” kata jemputan tersebut kepada media.

Hasil tinjauan MalaysiaGazette mendapati Syed Saddiq tidak berada di bangunan ini kerana menghadiri perhimpunan bulanan di Perdana Putra.

Dalam pada itu menurut presidennya, Joe Michael gabungan itu turut mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Syed Saddiq.

“Kami Gabungan Gay Malaysia (GGM) mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap YB Syed Saddiq selepas rakan kami Sdr.

“Numan tidak diperakui sebagai kawan oleh Menteri KBS. Beliau amat tertekan dan terpaksa deaktif setiap media sosial akaun kerana tindakan Syed Saddiq kena letak jawatan,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast