LONDON – Bintang baharu Arsenal, Lucas Torreira akan menyarung jersi nombor 11 musim depan dan dia melengkapkan perpindahan degan nilai £22 juta (RM117.5 juta) dari Sampdoria hari ini.
Namun The Gunners membuat tindakan agak memalukan dalam lama web rasmi kelab itu.
Nama pemain itu dieja tidak betul pada seksyen pembelian oleh pemain dalam laman web itu setelah diumumkan perpindahannya pada Selasa.
Namun The Gunners telah menyedari segera kesilapan itu dan membetulkannya beberapa minit kemudian.
Bintang Uruguay berusia 22 tahun itu menandatangani kontrak Arsenal setelah negaranya tersingkir dalam kempen Piala Dunia Rusia 2018.
Torreira akan diberi masa rehat yang secukupnya sebelum menyertai latihan skuad Unai Emery pada awal Ogos ini.
Pemain pertahanan itu adalah individu keempat yang direkrut ke Stadium Emirates sebagai langkah memperkuatkan pasukan menghadapi saingan liga Perdana Inggeris musim depan. – MalaysiaGazette