Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap sambil diiringi Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff pada sidang media pelancaran program bual bicara Gerakan Kuasa Pengguna Malaysia Kedua di bu Pejabat PPIM, 70X, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2018
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap sambil diiringi Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff pada sidang media pelancaran program bual bicara Gerakan Kuasa Pengguna Malaysia Kedua di bu Pejabat PPIM, 70X, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Program realiti Gerakan Kuasa Pengguna oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kembali untuk musim kedua tahun ini bakal memberi kesedaran orang ramai untuk membayar pinjaman pendidikan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, program yang mendapat tajaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu akan membuat sedikit perubahan memastikan rakyat Malaysia lebih bertanggungjawab.

“Kita yakin program kita kali ini akan lebih berkesan kerana kita nak buat sedikit perubahan kepada rakyat Malaysia supaya agresif, dinamik dan prihatin.

“Kita nak membudayakan satu budaya yang lebih baik, kita tak nak budaya lemah bayar hutang, tak tepati masa,” katanya pada perasmian Program Televisyen Gerakan Kuasa Pengguna Musim Kedua di ibu pejabat PPIM hari ini.

Program realiti musim kedua itu akan kembali bersiaran selama 13 minggu bermula 18 Julai 2018 menerusi platform Bernama News Channel (BNC) di saluran Astro 502, HyppTV 631 dan MyTV 121.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff dan Ketua Pegawai Operasi BNC, Hakimi Mohd. Zain.

Nadzim juga berkata, penglibatan PTPTN dalam program realiti ini bakal menjadikan rakyat lebih proaktif sesuai dengan semangat Malaysia Baru.

“Sebab itu kita yakin dengan kerjasama dan bantuan sokongan semua pihak terutama PTPTN kita akan ke tahap yang lebih berkesan.

“Keadaan kita hari ini terutama orang Melayu Islam hari ini lemah kerana kita tidak mengikut saranan Islam itu sendiri.

Saya harap program ini akan menyampaikan pesanan yang cukup penting yang kita yakin boleh membuka pintu kepada perubahan,” katanya lagi. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast