Bazlan Osman

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan milik, unifi Basic, pakej unifi mampu milik pada harga RM79.

Pakej itu menawarkan kelajuan 30Mbps dengan kuota data sehingga 60GB setiap bulan.

Unifi Basic boleh dilanggan mulai 15 Julai ini dengan sasaran isi rumah yang berpendapatan RM4,500 dan ke bawah.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata, syarikat memperkenalkan pakej itu dalam merealisasikan saranan kerajaan untuk mengurangkan harga perkhidmatan jalur lebar pada akhir tahun 2018.

Menuru beliau, pelan tersebut adalah 50 peratus lebih rendah daripada pelan unifi Home 30MBps.

“Dengan adanya pelan ini, semakin ramai orang berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar pada harga murah,” katanya pada taklimat media di sini.

Tambah beliau, dengan tawaran unifi Basic itu, TM turut menaiktaraf pelan unifi Home sehingga 800Mbps.

“TM juga menaiktaraf pelan untuk pelanggan Streamyx kepada unifi di kawasan liputan unifi atau peningkatan kelajuan dua kali ganda di kawasan yang tiada liputan perkhidmatan berkenaan,” ujarnya.

Selain itu, pengguna boleh menikmati pelan unifi turbo – Lite Plan dengan 10 Mbps pada harga RM129, Advance Plan RM139 (30Mbps) dan Pro Plan RM329 (100Mbps) mulai 15 Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast