Kerajaan berpegang kepada janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 dan komited untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUCHING – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini.
Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Terdahulu, ketibaan Dr Mahathir di Wisma Bapa Malaysia, bangunan pentadbiran kerajaan negeri kira-kira 7.55 pagi, disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan menteri Kabinet Sarawak.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan tiba di Kuching sejak semalam, lawatan pertama beliau ke negeri ini selepas menjadi perdana menteri kali kedua susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Semalam, beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan cucu Pengerusi Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Leo Moggie. — BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast