Stesen Southgate akan akan menjadi Stesen Gareth Southgate selama 48 jam bermula pagi ini.
Stesen Southgate akan akan menjadi Stesen Gareth Southgate selama 48 jam bermula pagi ini.

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate diberi pengiktirafan apabila sebuah stesen kereta api bawah tanah di utara London ditukar kepada namanya selepas dianggap sebagai wira pada Piala Dunia 2018.

Evening Standard UK melaporkan, Transport for London (TfL) mengumumkan Stesen Southgate akan menjadi Stesen Gareth Southgate selama 48 jam bermula pagi ini.

Laluan stesen Piccadilly di Enfield yang terletak di utara London itu akan menukar paparan papan tanda kepada nama pengurus itu sehingga Selasa.

Pengarah Urusan TfL London Mark Wild berkata, persembahan England pada musim panas ini membawa semua orang daripada segenap peringkat umur untuk bersatu meraikannya.

Skuad pimpinannya meraih tempat keempat di Rusia dan menjadi keputusan terbaik England setelah tewas dalam perlawanan separuh akhir pada Piala Dunia 1990 di Itali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast