Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Yang Berbahagia Datuk Rozlan Mohamed bersama penaja-penaja KL Tower International Towerthon Challenge di Dewan Megaview Banquet, Menara Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM 18 JULAI 2018
Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Yang Berbahagia Datuk Rozlan Mohamed bersama penaja-penaja KL Tower International Towerthon Challenge di Dewan Megaview Banquet, Menara Kuala Lumpur. foto MIRZA HASIM 18 JULAI 2018

KUALA LUMPUR- Cabaran Larian Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur 2018 yang akan berlangsung pada 19 Ogos menawarkan hadiah RM2,000 kepada peserta terpantas menamatkan larian.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Rozlan Mohamed berkata, larian kali ke-18 itu bermula waktu 5.30 pagi sehingga 9 malam.

Ia hanya dihadkan kepada 3,000 peserta tempatan dan antarabangsa.

“Peserta dikehendaki berlari mendaki bukit sejauh 800 meter dari parkir terbuka menara sehingga ke lobi Menara KL dan meneruskan larian mendaki 2, 058 anak tangga Menara KL setinggi 288 meter hingga ke garisan penamat di Dewan Mega View Banquet,” ujarnya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Rozlan, peserta tempatan bagi kategori lelaki dan wanita yang mengakhiri garisan penamat dalam masa terpantas akan mewakili negara ke Pertandingan di Larian Tangga Menara Dunia di luar negara dengan kesemua kos ditanggung pihaknya.

Acara itu diklasifikasikan kepada enam kategori iaitu Lelaki Terbuka yang berumur (18-39), Lelaki Veteran (40 ke atas), Wanita Terbuka(18-39), Wanita Veteran( 40 ke atas), Lelaki Junior( 13-17) dan Perempuan Junior (13-17).

Yuran bagi peserta dewasa adalah sebanyak RM85 manakala bagi pelajar sekolah sebanyak RM47 dan bagi peserta luar negara yuran ditetapkan sebanyak RM 123.

Pada hari pertandingan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga akan mengadakan aktiviti khas flying fox.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Amanah Rakyat turut memberi sokongan bagi acara berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast