Durian Fest@Kelab Tasik Putrajaya, karnival yang pertama kali diadakan itu berlangsung selama tiga hari di Putrajaya.
Durian Fest@Kelab Tasik Putrajaya, karnival yang pertama kali diadakan itu berlangsung selama tiga hari di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Berita gembira buat peminat raja buah apabila karnival durian diadakan di Kelab Tasik Putrajaya di sini bermula hari ini.

Dikenali Durian Fest@Kelab Tasik Putrajaya, karnival yang pertama kali diadakan itu berlangsung selama tiga hari.

Pengurus Kelab Tasik Putrajaya merangkap penganjur karnival, Azizan Baharom berkata, karnival itu menawarkan harga istimewa kepada orang ramai dengan harga RM7 selonggok.

“Pada masa sama, kami juga menawarkan kualiti durian pada gred tinggi iaitu Musang King pada harga RM28 sekilogram.

“Buah ini kami mendapat bekalan dengan anggaran sebanyak 30 tan dari Kuala Kangsar, Perak dan Tangkak, Johor selama tiga hari ini,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Azizan memberitahu, lebih istimewa karnival itu turut memberi pilihan menu berasaskan durian iaitu pulut durian dan cendol durian.

Selain itu, kata Azizan turut dijual adalah cempedak goreng sebagai menu tambahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast