AC Milan
AC Milan

GENEVA – Tuduhan terhadap AC Milan berhubung pelanggaran peraturan permainan membabitkan syarat perlesenan dan peraturan kewangan UEFA digugurkan badan kehakiman negara itu.

Keputusan itu dibuat selepas hujah yang dikemukan UEFA terhadap AC Milan ‘tidak lengkap’.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam satu kenyataan memberitahu, beberapa elemen penting tidak dinilai dengan tepat oleh hakim UEFA.

“Keputusan untuk menggantung AC Milan daripada beraksi di saingan UEFA tidak lengkap,” kata CAS dalam kenyataan.

Dengan keputusan itu Milan kini kembali ke Liga Europa untuk perlawanan musim seterusnya.

UEFA sebelum ini menggantung Milan daripada beraksi pada saingan Liga Europa musim depan selepas gagal memenuhi keperluan kewangan yang menyebabkan kelab itu tidak dibenarkan mendapatkan pembiayaan baharu untuk membiayai operasi harian.

AC Milan berdepan masalah selama 15 bulan sejak ahli perniagaan China, Li Yonghong membeli kelab itu dari Silvio Berlusconi pada April 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast