LONDON – Legenda Arsenal Thierry Henry dalam senarai calon pengurus Aston Villa bagi menggantikan Steve Bruce.
Menjelang Liga Perdana Inggeris 2018-19 yang akan membuka tirai 11 Ogos ini, pemilik kelab itu sedang mencari pengganti berbakat untuk membawa perubahan.
Villa pada Jumaat mengumumkan bahawa pemegang saham kelab dari Mesir, Nassef Sawiris dan rakan perniagaannya Wes Edens serta pemilik bersama Milwaukee Bucks akan menyuntik modal pelaburan baharu.
Sportsmail difahamkan Sawiris dan Edens sedang memujuk calon baharu dan bintang legenda Perancis, Henry yang dilihat sebagai calon berpotensi menggantikan Bruce.
Sumber terdekat juga memberi bayangan bahawa Bruce berkemungkinan meneruskan kempen EPL bersama Villa selepas berjaya membantu kelab itu beraksi ke EPL.
Namun perhatian Villa tetap ke arah Henry yang membantu skuad kebangsaan Belgium yang dipimpin Robeto Martinez menamatkan kempen Piala Dunia Rusia 2018 di tempat ketiga pada 14 Julai lalu.- MalaysiaGazette