Jurgen Klopp.

LONDON – Jurgen Klopp tidak mahu mengambil kisah pandangan ramai sebaliknya mempertahankan tindakan Liverpool yang berbelanja besar musim baharu ini.

“Sesiapa boleh berbelanja besar dan mengumpul pemain dengan melakukannya menerusi cara berbeza.

“Kami tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling seperti Manchester United yang tidak peduli apa yang saya cakap.

“Ia hanya satu pandangan ketika itu. Adakah saya berubah pandangan sendiri? Ya, memang betul,” katanya lapor BBC Sports.

The Reds semakin bernafsu membeli pemain pada jendela baharu ini dan merekodkan sejarah baharu dengan perbelanjaan lebih 170 juta pound keseluruhan pada Khamis lalu.

Liverpool mencatat rekod dunia dengan membeli penjaga gol Brazil Alisson Becker dengan nilai 65 juta pound.

Sebelum ini Klopp turut mendapatkan Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri.

Malah Liverpool juga turut memecah rekod dunia dengan membeli pemain tengah Southampton Virgil van Dijk.

Tindakan ‘perbelanjaan mewah’ itu mengundang tanda tanya kepada Klopp selepas dia mengkritik Manchester United ketika membeli Paul Pogba (89.3 juta pound) pada tahun 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast