Chelsea menuntut 70 juta pound daripada Barcelona untuk Willian

LONDON – Chelsea menolak tawaran 65 juta pound sterling untuk Willian daripada Barcelona semalam.

Bagaimanapun difahamkan bahawa the Blues mengharapkan kelab gergasi Sepanyol itu menaikkan tawaran kepada 70 juta pound sterling untuk bintang antarabangsa Brazil tersebut.

Ia merupakan tawaran ketiga Barcelona untuk Willian yang kesemuanya ditolak Chelsea.

Willian, 29, difahamkan bersedia berhijrah ke Nou Camp namun tuntutan bayaran yang tinggi oleh Chelsea menjadi kekangan terhadap usahanya.

Namun laporan terbaharu di Stamford Bridge mendakwa Jurulatih baharunya Maurizio Sarri mahu Willian kekal bersama kelab itu musim ini.

Barcelona yakin rundingan ke arah mendapatkan Willian berada di peringkat terbaik dan persetujuan boleh dimeterai dalam masa terdekat.

Hirarki Chelsea mengadakan mesyuarat untuk menambah pemain baharu dalam skuad selepas ini.

Barcelona sedang mengintai bintang Bordeaux, Malcom namun berdepan saingan daripada AS Roma yang dilihat akan menjejaskan usaha mendapatkan Willian.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast