BARCELONA – Barcelona membawa masuk Malcom Filipe Silva de Oliveira daripada Bordeaux dengan nilai 45.5 juta pound sterling semalam sekali gus menyekat pemain antarabangsa Brazil itu berhijrah ke As Roma.
Pembelian dramatik itu didakwa bakal memberi kesan kepada bintang Chelsea, Willian yang sedang menunggu peluang berhijrah ke Nou Camp pada musim ini setelah kelab gergasi la Liga itu bersetuju dengan tawaran sebanyak 70 juta pound.
Chelsea bagaimanapun menolak tiga tawaran Barcelona antara 55 juta pound hingga 65 juta pound terhadap Willian.
Roma pada saat saat akhir bahawa Malcom mengubah fikirannya dan menyertai Barcelona.
Malcom dilaporkan menandatangani kontrak lima tahun sehingga 2023 dan agennya, Junior Minguella memuat naik gambar pemain itu menyarung jersi Barcelona.- MalaysiaGazette