Richarlison menyertai Everton dari Watford.
Richarlison menyertai Everton dari Watford.

LONDON – Richarlison muncul pemain pertama yang dibeli Everton dengan harga 50 juta pound dari Watford sebagai yuran perpindahan.

BBC Sport melaporkan, pemain antarabangsa Brazil itu menandatangani kontrak lima tahun di Goodison Park.

Pengurus Marco Silva kini dikatakan cuba memujuk pemain pertahanan Barcelona, Yerry Mina dan Lucas Digne pula untuk memperkuatkan skuadnya sebelum tarikh tutup perpindahan 9 Ogos ini.

Sementara itu, Richarlison pula berharap penghijrahan ke Everton boleh membuka peluang untuknya menyarung jersi kebangsaan.

Malah pemain berusia 20 tahun itu tidak mahu mengecewakan Silva yang mula membawanya ke England sebelum ini.

“Everton memberi kepercayaan kepada saya dengan memberi jersi ini. Apatah lagi, saya memang kenal dengan pengurus, dan tahu cara dia bekerja.

“Prestasi saya banyak meningkat ketika bersamanya di Watford dan sangat teruja sekali lagi dapat bekerja dengannya,” jelas Richarlison. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast